Bajet 2027: Had Pelepasan Cukai Individu dinaikkan dari RM9,000 kepada RM12,000

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ketika membentangkan Bajet 2027 mengumumkan had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 dinaikkan dari RM9,000 kepada RM12,000.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan.

“Banjaran pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 dikurangkan kepada 18 peratus.

“Banjaran pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 dikurangkan kepada 24 peratus,” katanya.

Anwar berkata pelepasan cukai individu turut diperluas iaitu rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan tidak lagi terhad kepada kesihatan, peralatan sukan meliputi pembelian kasut sukan dan yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak.

“Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat dari pusat berdaftar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga mengambil pendekatan progresif iaitu kadar cukai bagi yang berpendapatan tinggi iaitu melebih RM1 juta diselaraskan kepada 30 peratus.

“Ini bermakna kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu, bakal memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira 5 juta orang pembayar cukai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat