Prinsip BN : Tidak sokong Anwar dan DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menegaskan prinsip Barisan Nasional (BN) yakni tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Annuar yang juga Setiausaha BN dalam satu kenyataan hari ini menangkis khabar angin yang mendakwa beliau menggesa atau mahu bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Hal ini menurutnya hanyalah adalah berita palsu dan tiada asas sama sekali.

Beliau turut menyenaraikan beberapa pendirian lain yang dipegang BN iaitu menyokong kemasukan Ahli-ahli Parlimen ke dalam gabungan dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en-bloc.

“Selain itu, mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

“Seterusnya, BN menyokong kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” tegas Menteri Wilayah Persekutuan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat