PN Berjaya Singkir Speaker, Tipis Tapi Manis, Kata Nik Abduh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menganggap penyingkiran Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai kejayaan ‘tipis tapi manis’.

Melalui undi yang menyaksikan 111 ahli parlimen bersetuju manakala 109 lagi membantah usul kerusi itu diberi kepada Datuk Azhar Azizan Harun, Nik Abduh turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Selamat maju jaya Kerajaan Perikatan Nasional. Semoga diberkati Allah.

“Tipis, tapi manis,” catat ahli parlimen Bachok di Twitter.

Pagi tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa usul mencadangkan Azhar yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilantik sebagai Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Hari pertama sidang parlimen sejak kerajaan PN memerintah semakin hangat apabila Timbalan Speaker Nga Kor Ming meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta sebagai tanda solidariti kepada Mohamad Ariff.

Jawatannya digantikan dengan ahli parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said selepas usul yang dibentangkan Muhyiddin diluluskan Dewan Rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat