Shahidan Lapor Polis Sangkal Sokong Anwar Jadi PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tersenarai dalam kelompok ahli Parlimen daripada UMNO yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bangkit membuat laporan polis menangkis dakwaan tersebut.

Beliau membuat laporan berkenaan dengan tujuan membersihkan namanya daripada dituduh sebagai pengkhianat oleh parti, selepas Anwar mengeluarkan kenyataan beliau kini mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

“Untuk selesaikan tuduhan Ahli Parlimen UMNO terlibat menyokong Anwar jadi Perdana Menteri, maka saya membuat laporan polis.

“Dalam laporan itu, saya minta polis siasat tuduhan tersebut yang mendakwa saya serta Ahli Parlimen UMNO yang lain antara yang memberi sokongan kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN),” katanya memetik laporan Malaysia Gazette, hari ini.

Sebelum ini tersebar, Shahidan antara 20 nama Ahli Parlimen UMNO yang disenaraikan bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH), yang kononnya senarai nama itu akan dipersembahkan Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Selasa ini.

Semalam, Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris membuat laporan polis terhadap Anwar kerana didakwa menyenarai nama beliau dalam barisan Ahli Parlimen yang akan menyokongnya membentuk kerajaan.

Antara nama lain yang turut tersenarai Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin; dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Nama itu melengkapkan senarai 121 Ahli-ahli Parlimen termasuk dari PH yang membolehkan Anwar menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Shahidan menegaskan, beliau dan kawan-kawan dalam UMNO tidak terlibat langsung dengan konspirasi untuk menukarkan kerajaan itu.

“Saya tidak tahu menahu, kerajaan Muhyiddin masih memerintah.

“Kementerian Dalam Negeri tolong selesaikan perkara ini,” katanya.

Menurutnya, pasaran saham jatuh disebabkan mainan politik Anwar yang menyebabkan pelabur takut untuk melabur di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat