15,754 Pati Ditangkap Menerusi Operasi Benteng – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 15,754 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditangkap, manakala 2,232 PATI telah diusir sejak Mei 2020 hingga 7 September 2021.

Jelasnya, penangkapan Pati itu dilakukan hasil kerjasama bersepadu antara 19 agensi termasuk ATM, PDRM dan APMM dalam Operasi BENTENG di bawah National Task Force, seramai 15,754 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Menerusi laporan yang saya terima – hasil kerjasama bersepadu antara 19 agensi termasuk ATM, PDRM dan APMM dalam Operasi BENTENG di bawah National Task Force, seramai 15,754 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berjaya ditangkap, manakala 2,232 PATI telah diusir sejak Mei 2020 hingga 7 September 2021.

“Selain PATI, seramai 1,148 orang tekong dan 781 orang penyeludup turut berjaya ditangkap dalam tempoh yang sama.” Jelas beliau melalui Facebook.

May be an image of outdoors
ATM melakukan Operasi BENTENG di bawah National Task Force. Foto: Facebook Hishammuddin

Katanya lagi, daripada sudut rampasan pula, saya dimaklumkan bahawa sebanyak 2,381 buah kenderaan darat dan 540 buah kapal/bot berjaya dirampas.

Ujarnya, selari dengan matlamat utama pelaksanaan Operasi BENTENG – ATM akan terus berusaha sedaya upaya dan kekal bekerjasama rapat dengan semua 19 agensi terlibat demi mengawal ketat sempadan negara daripada kemasukan PATI di samping mengekang penularan wabak #COVID19 yang mungkin dibawa oleh PATI berkenaan.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat