Kerajaan tidak akan kompromi terhadap jenayah salah guna kuasa ke atas Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jenayah salah guna kuasa, penyelewengan atau kelemahan pengurusan yang boleh menjejaskan kepentingan para pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH).4

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dalam satu kenyataan menyatakan tindakan tegas dan saksama berdasarkan undang-undang akan diambil terhadap perbuatan berkenaan.

Tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mana-mana individu atau entiti yang didapati bersalah melanggar amanah serta prinsip tadbir urus melibatkan TH.

Beliau berkata setiap langkah penguatkuasaan dan penambahbaikan yang disyorkan oleh laporan RCI akan diperincikan secara teliti demi memastikan struktur tadbir urus TH diperkemaskan ke tahap tertinggi.

“Komitmen berterusan ini amat signifikan bukan sahaja untuk menegakkan keadilan dan akauntabiliti, malah bagi memastikan kesilapan terdahulu tidak akan berulang pada masa hadapan.

“JPM (Hal Ehwal Agama) bertekad untuk memastikan TH terus kekal sebagai sebuah institusi pengurusan haji yang kukuh, berintegriti, dan sentiasa mendapat kepercayaan penuh seluruh rakyat Malaysia,” katanya menurut kenyataan berkenaan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung Laporan RCI mengenai TH dijalankan dengan terperinci dan secara menyeluruh.

Seri Paduka Baginda bertitah tindakan itu penting untuk memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan dan ia untuk memastikan perkara sama tidak berulang lagi.

Selain itu, Sultan Ibrahim juga bertitah supaya siasatan berhubung perkara berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh, tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menjunjung tinggi titah Seri Paduka Baginda yang menegaskan agar siasatan berhubung dapatan RCI TH dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa sebarang kompromi.

“Keprihatinan Seri Paduka Baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah serta keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara ini,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat