Tindakan Tegas Jika Cuba Rasuah MP Pembangkang – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didakwa cuba memberi rasuah kepada ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh terhadap semua laporan yang diterima.

“Selain merujuk laporan-laporan polis tersebut kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat.

“Kementerian akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah, termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan beberapa ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah menerima mesej berunsur rasuah melalui aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku beliau salah seorang daripada pemimpin pembangkang yang menerima tawaran ‘durian’ Lenggong dan Parit Sulong.

Pemimpin PKR itu menerima mesej berkaitan tawaran durian itu menerusi pesanan mesej WhatsApp pada Sabtu lalu.

Jelasnya, mesej yang diterima adalah menerima tawaran peruntukan kerajaan RM3.5 juta dan pada minggu lalu menerima satu lagi tawaran.

Biarpun ada beberapa ahli Parlimen permbangkang tampil membuat laporan tetapi Nik Nazmi masih memperhalusi dan berbincang dengan penasihat undang-undang sama ada wujud keperluan untuk melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat