Surat kepada Agong tanda Ahmad Zahid terdesak, cemas dan hilang sekutu

- Advertisement -

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid begitu cemas dengan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam sidang Parlimen September ini. Beliau khuatir dan cemas sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal dijatuhkan.

Justeru hari ini Ahmad Zahid mendedahkan beliau sekali lagi menghantar surat kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menekankan bahawa 14 orang ahli Parlimen UMNO sudah menyatakan keputusan menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin.

Surat ini sebenarnya tidak lagi relevan kerana telah diputuskan sokongan terhadap Muhyiddin ditentukan di Parlimen. Namun Ahmad Zahid terdesak. Lalu beliau bukan sahaja menghantar surat malah mendedahkan kepada umum surat tersebut.

Dalam surat alam surat bertarikh 4 Ogos, Ahmad Zahid memperincikan 14 nama ahli Parlimen UMNO termasuk beliau, yang telah menandatangani Surat Akuan penarikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri. Mereka ialah:

  1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – Bagan Datuk
  2. Datuk Seri Najib Razak –  Pekan
  3. Datuk Seri Ahmad Maslan – Pontian
  4. Datuk Shamsul Anuar Nasarah –  Lenggong
  5. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim – Baling
  6. Datuk Azalina Othman Said – Pangerang
  7. Datuk Seri Bung Moktar Radin – Kinabatangan
  8. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Machang
  9. Datuk Nizar Zakaria – Parit
  10. Datuk Ahmad Nazlan Idris – Jerantut
  11. Ramli Mohd Nor -Cameron Highland
  12. Datuk Mohamad Alamin – Kimanis
  13. Tan Sri Noh Omar – Tanjung Karang
  14.  Tengku Razaleigh Hamzah – Gua Musang

Tindakan Ahmad Zahid menghantar surat kepada Al-Sultan Abdullah dan menyebarkan kepada media adalah kerana beliau tidak percaya semua tiga belas orang lain akan meneruskan undian menentang Muhyiddin di Parlimen.

Jika dibaca tujuan sebaran surat kepada Tuanku kepada media adalah bertujuan memberi ‘tekanan’ kepada Al-Sultan Abdullah membuat keputusan dalam Istana Negara bagi memilih Perdana Menteri baharu.

Dengan cara ini beliau boleh memastikan ahli Parlimen UMNO yang bersama beliau sekarang menandatangani akuan berkanun menyokong orang lain sebagai Perdana Menteri.

Sejak keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, 3 Ogos lalu, beberapa ahli Parlimen dalam senarai Zahid diatas turut mengadakan pertemuan dan perbincangan sulit dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tujuh orang yang tidak dipercayai oleh Ahmad Zahid untuk mengundi menentang Muhyiddin di Parlimen ialah Noh Omar, Azeez Rahim, Azalina Othman Said, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Nizar Zakaria, Ramli Mohd Nor, dan  Mohamad Alamin.

Ahmad Zahid mendapat tahu Noh Omar dan Azeez Rahim telah hadir berjumpa Ismail Sabri ketika sidang media khas ahli Parlimen UMNO menyokong Muhyiddin Yassin pada 6 ogos lalu. Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak naik ke atas pentas.

Penafian Noh dan Azeez kemudiannya juga sangat kabur iaitu tidak menyokong Muhyiddin tetapi kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga sidang Parlimen September nanti. Ini bermakna kedua-dua mereka tidak bersetuju dengan usaha Ahmad Zahid untuk menjatuhkan Muhyiddin sekarang.

Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria dan Ahli Parlimen Cameron Highland, Ramli Mohd Nor dipercayai akan mengundi Muhyiddin tetapi memilih berada dalam kumpulan Ahmad Zahid  pada masa ini kerana tidak tahan ditekan oleh kepimpinan UMNO pusat dan negeri.

Di Sabah Bung Moktar dan Mohamad Alimin yang mempunyai hubungan kerja rapat dengan Bersatu tidak berminat menjatuhkan Muhyiddin Yassin. UMNO Sabah adalah sebahagian kerajaan Sabah pimpinan Bersatu. Sebarang tindakan menjatuhkan Muhyiddin di Persekutuan akan turut menjejaskan kerajaan negeri Sabah.

Senario ini menggusarkan Ahmad Zahid kemungkinan rancangan beliau akan gagal. Dalam seminggu dua ini kita akan melihat kumpulan Ahmad zahid dan Anwar akan terus memberi tekanan agar usaha menjatuhkan Muhyiddin dlakukan sekarang bukannya dalam sidang Parlimen nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat