Bekas Imam Besar Masjid Negara Diumum Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Bekas Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diumumkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021/1443 Hijrah.

Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah, yang juga Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa pula diumumkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pengumuman kedua-dua tokoh dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.

Zulkifli berkata, pemilihan kedua-dua tokoh dibuat berdasarkan sumbangan besar mereka memartabatkan syiar Islam pada peringkat nasional dan antarabangsa .

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh masing-masing menerima hadiah wang tunai, pingat dan sijil penghargaan.

Sambutan Maal Hijrah tahun ini dibuat sederhana dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengekang penularan COVID-19.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat