Tak perlu pujuk MP sokong Muhyiddin, Faizal yakin PM ada majoriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan menjalankan usaha ‘pujuk memujuk’ ahli Parlimen bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menjelang Sidang Khas Parlimen pada 26 Julai ini.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau percaya majoriti ahli parlimen akan kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri itu.

“Ahli Parlimen tidak perlu bergerak secara aktif ke arah itu (dipujuk) kerana kami yakin sesama sendiri bahawa kita akan memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, jadi tidak perlu bimbang.

“Saya bersama rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC) juga sepakat dan berhubung sesama sendiri, kita dapati majoriti ahli parlimen sebenarnya menyokong Perdana Menteri.

“Oleh itu, saya amat yakin apabila berlaku Sidang Khas Parlimen itu nanti, kerajaan akan terus utuh dan dapatlah kita memberi fokus kepada usaha-usaha yang sedang kita laksanakan sekarang,” katanya memetik Utusan di Tapah, Perak pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal  berkata, Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri adalah disebabkan oleh sokongan daripada ahli Parlimen dan bukannya datang daripada parti politik.

Katanya, sebilangan besar ahli parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Kita kena ingat, sewaktu Muhyiddin diangkat sebagai Perdana Menteri, sokongan diperoleh beliau itu datangnya daripada ahli parlimen melalui SD, bukannya daripada parti politik.

“Cuma bezanya, kami semua datang daripada kelompok parti politik berbeza. Kemudian, usaha dibuat beliau untuk tubuhkan parti baharu iaitu Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Ditanya sama ada Sidang Khas Parlimen akan terganggu termasuk dakwaan boikot oleh pihak tertentu, Ahmad Faizal berkata, beliau berharap perkara itu tidak akan terjadi.

Katanya, Sidang Khas Parlimen yang diadakan itu bertujuan membincangkan masalah rakyat sepanjang pandemik Covid-19 dan ia fokus utama yang perlu didahulukan.

“Saya harap tidak berlaku walaupun ada kemungkinan (boikot). Apabila tiba sidang itu nanti, saya cuma menyeru kepada ahli parlimen supaya fokus berkenaan permasalahan rakyat.

“Tapi kalau ada perkara selain daripada itu termasuk usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan sebagainya, itu terserah. Apa yang boleh kita buat sekarang adalah berusaha,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat