Isu Pulau Batu Puteh : Kedaulatan Negara Mesti Melampaui Sentimen Politik

- Advertisement -

KUALA SELANGOR – Negara hari ini dikejutkan dengan pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali mengenai kehilangan tuntutan serta potensi hak milik negara mutlak ke atas Pulau Batu Puteh ekoran pertukaran kerajaan sebelum ini.

Timbalan pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda Umno Malaysia, Noorazley Yahya berkata, situasi ini amat membimbangkan dan rakyat tidak sewajarnya melupakan tuntutan dan hak Malaysia ke atas wilayahnya tanpa sebarang penjelasan daripada bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Insiden pencerobohan ke atas wilayah negara sekitar Mei 2021 ini oleh jet pejuang negara asing juga amat mencemaskan.

“Tambahan pula, tiada sebarang tindakan konkrit, bantahan rasmi daripada kerajaan perikatan Nasional meskipun Wisma Putra diketuai Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menteri yang amat berpengelaman daripada Parti UMNO.

“Ini menunjukkan bahawa fokus kepada keselamatan sempadan dan kedaulatan negara tidak menjadi fokus mana mana parti yang tidak stabil dalam pemerintahan kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Sekretariat Luar Negara menyeru rakyat Malaysia agar terus menggesa kerajaan tanpa mengira pandangan parti politik untuk mempertahankan kedaulatan negara dan wilayah perairan demi keselamatan Malaysia dan rakyatnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat