‘Hanya Untungkan Zahid’ Sahaja, Sindir Nazri Kepada MKT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelmarin bersifat peribadi hanya menguntungkan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada Utusan Online, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana jika UMNO terus berada dalam Perikatan Nasional (PN), Ahmad Zahid terus lenyap memandangkan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Presiden apabila pemilihan parti apabila diadakan nanti.

Ia selepas Ismail Sabri dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran PN.

“Ternyata keputusan MKT semalam lebih kepada agenda peribadi Ahmad Zahid untuk membalas dendam terhadap Muhyiddin sebab apabila UMNO mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermakna pintu telah tertutup buat selama-lamanya bagi Zahid.

“Apabila dah berlaku macam ini, amalan dalam UMNO ini, apabila seseorang itu pegang jawatan dalam kerajaan, jadi sewaktu pemilihan parti nanti beliaulah yang menjadi Presiden parti. Oleh itui Ahmad Zahid marahlah apabila Ismail Sabri naik menjadi presiden, Hishammuddin sebagai timbalan.

“Kes Ahmad Zahid tetap tidak selesai sebab Tan Sri Muhyiddin tidak mahu berkompromi. Ini bermakna keputusan tersebut lebih kepada pengaruh dan dendam,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, setakat ini kesemua 35 ahli parlimen UMNO masih berpegang teguh menyokong kepimpinan Muhyiddin.

“Kita masih berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO untuk terus menyokong kerajaan sehingga pilihan raya.,”katanya. – UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat