RumahPrihatin@GrandSeasons, Ringankan Beban Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menubuhkan Rumah Prihatin @Grand Season bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 mendapat pujian ramai.

Pelakon dan penggiat seni, Susan Lankester melalui hantaran di Twitternya memuji tindakan yang diambil oleh kerajaan dengan menyediakan 300 Bilik Penginapan Prihatin (BPP) hotel kepada mereka yang memerlukan.

“Grand Seasons KL, ditutup 2 tahun yang lalu, menawarkan kepada Kerajaan mendirikan ‘Rumah Prihatin’ 300 bilik untuk mereka yang memerlukan & kurang bernasib baik. Dapur hotel yang besar akan menjadi dapur pusat ‘soup kitchen’ untuk bandar KL. Adalah baik apabila hotel-hotel terbengkalai ini dimanfaatkan dengan baik,” katanya.

Semalam, Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memperkenalkan satu inisiaitif ‘RumahPrihatin@GrandSeasons’ di bawah kelolaan Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ‘RumahPrihatin@GrandSeasons’ merupakan pusat kediaman yang berkonsepkan hotel kebajikan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 khususnya kepada golongan miskin bandar di Wilayah Persekutuan.

RumahPrihatin@GrandSeasons merupakan satu platform untuk menghimpunkan, mengkordinasi dan merawat para individu yang terkesan akibat pandemik covid-19 yang dilaksanakan secara Bersama dengan sokongan para sukarelawan, persatuan, organisasi korporat dan NGO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat