UMNO Pahang Seiring Dengan Keputusan MKT – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan UMNO Negeri Pahang akan selari dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 7 Julai lepas.

Tegas Wan Rosdy, semua ahli UMNO mestilah patuh dengan keputusan yang telah diputuskan pada Mesyuarat MKT lepas tanpa sebarang pengecualian.

Menurutnya lagi, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) telah memberi mandat kepada Presiden UMNO dan MKT untuk menentukan tarikh untuk menarik diri daripada kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN).

“Pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang adalah selari dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 7 Julai 2021.

“Ia juga selari dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 akhir Mac lepas, yang memberi mandat kepada Presiden dan MKT untuk menentukan tarikh tepat penarikan diri daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua kepimpinan UMNO meneruskan usaha membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 dan meningkat usaha pendaftaran vaksin untuk rakyat.

“Dalam pada itu, sama-samalah kita kepemimpinan UMNO pelbagai peringkat supaya terus-menerus tumpukan usaha membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19 serta langkah-langkah membendungnya.

“Tumpuan juga perlu dijuruskan kepada usaha meningkatkan lagi jumlah rakyat yang menerima vaksin dan meminta mereka mendaftarkan segera dalam aplikasi MySejahtera.” katanya.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada 7 Julai telah membuat keputusan menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana gagal memenuhi aspirasi rakyat termasuk kegagalan menguruskan pandemik Covid-19 secara jelas.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengemukakan 7 prinsip mengapa UMNO juga menarik balik sokongan kerana merasakan kerajaan telah memandulkan sistem demokrasi negara dan gagal memberi bantuan yang mencukupi kepada rakyat ketika pandemik Covid-19.

Ahmad Zahid turut membangkitkan peningkatan kes bunuh diri dan pengibaran bendera putih sebagai salah kerajaan membantu rakyat.

Bagaimanapun tidak jelas apa akan terjadi kepada 35 orang Ahli Parlimen UMNO yang bertekad untuk tidak meninggalkan kerajaan.

-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat