UMNO tak boleh jadi ‘pak sanggup’ tadah kegagalan kerajaan PN – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO tidak boleh jadi `pak sanggup’ menadah kegagalan kerajaan PN.

Sebaliknya kata beliau, UMNO perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan negara walaupun terpaksa menongkah arus.

Justeru ujar Zahid tidak benar sama sekali apa yang diputuskan UMNO baru-baru ini kerana dahagakan kuasa.

“Jika dahagakan kuasa bukan begitu sifatnya.

“Lebih baik bergayut kepada kuasa sedia ada,” jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Kata Zahid, walau terpaksa menelan pelbagai tohmahan, kritikan dan diperlekeh.

“Maka UMNO secara musyawarah mengambil keputusan yang cukup besar malam kelmarin.

“Kerana UMNO tahu rakyat sudah tidak tertanggung lagi. Negara perlu dipulihkan segera.

“Keadaan perlu diperbetulkan daripada yang teratas. Kapal belayar mengikut percaturan nakhoda.

“Perlu dilakukan “adjustment” supaya aspirasi rakyat dapat kembali ke landasan secepat mungkin,” ujar beliau.

Zahid berkata, jumlah kes makin menghampiri 1 juta. Penggunaan katil ICU hampir mencapai kapasiti penuh.

Namun pandemik terus meningkat. Semakin ramai hilang nyawa. Tiada langsung bayang akan reda.

“Betapa perit perasaan kehilangan ahli keluarga tercinta. Dalam pasrah meratap sedih dan pilu.

“Apakah UMNO tidak tahu semua ini? UMNO mengerti semua ini. Natijah ekonomi negara terus merundum. Ramai hilang mata pencarian atau pekerjaan.

“Sebilangan besar rakyat hidup sengsara dalam tekanan maha dasyat tidak pernah terjangka. Sehingga ada membunuh diri, mengangkat bendera putih mengharapkan bantuan makanan.

“Apakah UMNO tidak tahu semua ini? UMNO memahami semua ini. Adakah UMNO harus berpeluk tubuh? Memejamkan mata disebabkan kepentingan tertentu?

“Tidak. UMNO wujud untuk rakyat. Maka UMNO bersuara dan terus bersuara tetapi kurang dilayan,” bidas Zahid.

Beliau menambah, malah UMNO dituduh kuat merungut, bercakap seperti pembangkang, agenda peribadi Presiden UMNO.

“UMNO dituduh main politik, sedangkan mereka kekurangan “political will” menyelamatkan rakyat.

“Sudah terlalu lama rakyat menderita dengan kedudukan ekonomi sangat lembab.

“Bagaimanapun secara halus ‘jenama’ UMNO cuba dikambing hitamkan. UMNO pula seolah-olah perlu dipertanggungjawabkan disebalik kegagalan kerajaan PN.

“Bantuan diumumkan untuk rakyat walau tidak seberapa itu pun UMNO yang terpaksa mendesak,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat