DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, 9 Jun 2021.

Beliau merupakan pemimpin politik ketiga sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“ Saya ada beri pandangan bukan hanya daripada perspektif parti tetapi pandangan rakyat.

“Saya rasa Tuanku faham tentang perkara ini (kerajaan gagal tangani Covid-19) kita serah kepada kebijaksanaan Tuanku (menilai).

“Saya tak mahu komen tentang itu lebih baik serahkan kepada kebijaksanaan Tuanku ,” jelas Guan Eng ketika sidang media di pekarangan Pintu 2 Istana Negara selepas sejam sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan sangat menyanjung tinggi platform sembah menghadap ini kerana ia satu-satu medium untuk sampaikan permasalahan rakyat kepada Agong.

“Tuanku adalah harapan kerana Parlimen tidak bersidang.

“ Tak ada ruang untuk rakyat suarakan masalah mereka.

“Kita harap harapan rakyat yang disampaikan kepada Tuanku hari ini dapat pembelaaan
khususnya dari segi bantuan ekonomi lebih besar dan aspek vaksinasi yang harus disegerakan kepada seluruh rakyat,” ujar beliau.

Selain itu, kata Guan Eng kebanyakan pandangan yang disuarakannya berkisar soal ekonomi dan Covid-19 serta keperluan kepada rakyat susah .

Katanya hal ini supaya rakyat diberi bantuan termasuk kawasan pembangkang untuk semua yang miskin susah.

Beliau juga memaklumkan bahawa agenda pertemuan hari ini sebagai wakil rakyat dan wakil parti. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat