2.25 Juta Warga Emas Sudah Daftar Vaksin -KJ

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Seramai 2,256,257 pendaftar yang terdiri daripada warga emas telah direkodkan sebagai kumpulan penerima vaksin fasa kedua.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini juga, sebanyak 1,909,266 individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi dos yang pertama.

“Semalam (Selasa) kita telah catat kadar vaksinasi tertinggi iaitu sebanyak 151,309 dos.

“Cabaran kita adalah untuk pastikan kita konsisten untuk dapatkan kadar lebih 150,000 dos sehari dan sasaran menjelang Julai untuk kita dapat capai 200,000 dos sehari,” katanya dalam sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, sebanyak 12,774,132 individu yang berumur 18 tahun ke atas telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin.
Sementara 4,129,168 individu secara keseluruhan pula telah mendaftar bagi program pemberian vaksin fasa kedua.

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,542FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat