“Sepatutnya pandemik teruk, Parlimen lagi kerap bersidang “ – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Mohamad Sabu merayu kepada
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menggunakan kuasa mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka semula Parlimen.

Menurut beliau jika di United Kingdom (UK) dalam keadaan negara berdepan pandemik Covid-19, Parlimen lebih kerap bersidang sebaliknya di Malaysia Dewan Rakyat digantung.

“Kita minta Parlimen dibuka semula supaya boleh bersidang seperti di UK.

“ Pandemik teruk lagi kerap bersidang sebab rakyat nak tahu ‘progress’ kerajaan. Bukan macam kita Covid-19 teruk Parlimen tutup,” kta Mohamad ketika sidang media di luar Pintu 2 Istana Negara.

Beliau memberitahu pada sesi sembah menghadap hari ini semua hasrat parti dan rakyat telah disampaikan kepada Agong namun serah kepada budi bicara dan kebijaksanaan Baginda selepas mendengar hujah kita.

“Saya turut maklumkan kepada Tuanku berkenaan status semasa kesulitan rakyat.

“Rakyat kita sudah sampai ke peringkat pergi ke pusat khidmat ambil makanan kerana mereka tak ada pendapatan lagi.

“Ini masalah serius bukan main-main lagi,” ujar Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat