Anwar Ibrahim dilihat Memasuki Istana Negara, Mohd Sabu dan Guan Eng Sebelah Petang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki Istana negara sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Pimpinan pembangkang dijadualkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu, 9 Jun 2021.

Selain Presiden PKR itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu jam 3 petang manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada petang namun tidak dinyatakan jam berapa.

Pagi tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 8.56 pagi, di sini, hari ini.

Pertemuan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung selama lebih sejam.

Terdahulu, Muhyiddin menjadi ketua parti pertama menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas tiba di Istana Negara pada pukul 7.50 pagi.

Bagaimanapun, seperti mana sebelum ini, ia menjadi rutin mingguan bagi Perdana Menteri untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda mengenai pentadbiran kerajaan dan situasi semasa negara sebelum mesyuarat Kabinet diadakan pada Rabu.
Beberapa siri pertemuan ketua-ketua parti politik dengan Al-Sultan Abdullah dijangka diadakan secara berasingan di Istana Negara bermula hari ini.

Dimaklumkan esok, Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.

“Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong telah diterima pada minggu lepas lagi. Bagaimanapun waktu (untuk Dr Mahathir menghadap) belum ditentukan lagi setakat ini,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat