Agong Jumpa Siapa Hari Ini, Esok dan Lusa?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijangka akan bertemu dengan tiga pemimpin parti politik utama negara hari ini.

Pagi tadi Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah measuk mengadap Baginda pada jam kira-kira 8 pagi.

Walaupun ini merupakan kelaziman biasa setiap rabu sebelum mesyuarat kabinet,  namun pertemuan hari ini agak luar biasa kerana ia merupakan sebahagian acara Yang Di Pertuan Agong bertemua pemimpin parti-parti politik yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Isnin lalu SuaraTV melaporkan, YDP Agong akan berjumpa para pemimpin parti politik mulai 9 – 11 Jun 2021 sebagai sebahagian daripada peranan baginda mendapat maklum balas mengenai isu pentadbiran negara.

Menurut beberapa sumber, selain Presiden Bersatu, Baginda dijangka menitah mengadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada hari ini.

Pada keesokannya (khamis), YDP Agong dijangka menitah mengadap Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pejuang) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan).

Manakala Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengadap Baginda pada Jumaat nanti.

Setakat ini belum jelas kepada kami mengenai status pertemuan Pengerusi Gabnungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Sehingga semalam Abang Johari menyataka beliau belum menerima jemputan.

Beberapa media melaporkan ia berkenaan perubahan kepimpinan negara, penubuhan kerajaan perpaduan dan pelantikan kerajaan darurat yang baharu.

Bagaimanapun sumber SuaraTV memberitahu pertemuan ini merupakan sebahagian daripada proses baginda untuk mendapatkan maklum balas mengenai pentadbiran Darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos 2021 nanti.

Baginda dijangka mendengar pandangan pemimpin-pemimpin utama parti politik, Jawatankuasa Bebas Mengenai Darurat dan Majlis Raja-Raja Melayu sebelum membuat keputusan menyambung atau menamatkan Darurat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat