Baby Shima mahu selesaikan kerja tertangguh di Indonesia

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Penyanyi dangdut yang mencipta nama di Indonesia, Baby Shima, 29, mengakui bimbang akan momentum kerjayanya di negara seberang yang tergendala selama tempoh dua tahun akibat pandemik bagi mengekang penularan Covid-19.

Baby Shima atau pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli berkata, dia yang menyambut lebaran di kampung halamannya Johor bakal pulang ke Indonesia dalam tempoh terdekat.

“Alhamdulillah kali ini kita dapat meraikan raya bersama. Saya hanya mengambil cuti seminggu sahaja disebabkan jadual yang padat.

“Selepas beraya di Johor saya akan berangkat pula ke Indonesia untuk menyambung kerja-kerja yang tertangguh.

“Dalam pada itu, saya juga mahu jenguk keadaan rumah saya di sana, sudah dua tahun ditinggalkan sejak pandemik, harap-harap semuanya berada dalam keadaan baik.

“Sejujurnya saya risau juga akan momentum kerjaya di sana kerana sudah lama tidak ke Indonesia. Namun, saya menggunakan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan peminat di sana,” kata Shima.

Kata Shima, selepas itu dia akan terbang ke Jakarta untuk melunaskan kerja yang tertangguh selain melawat rumahnya di sana.

Malah, dia juga belum mempunyai jadual tempoh bakal berada di Indonesia.

“Alhamdulillah, rezeki saya selepas negara memasuki fasa endemik ini semakin mencurah-curah.

“Selain single raya, saya akan terbang ke Jakarta untuk merakamkan lagu ciptaan Pasha (Ungu), dan kemudian ke Jawa Timur pula untuk berkolaborasi dengan beberapa artis di sana.

“Oleh itu, saya belum mempunyai tempoh masa berapa lama bakal berada di Indonesia. Jika perlu dan ada kerja yang perlu dilunaskan di Malaysia, maka saya akan berulang alik seperti biasa,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan kerjaya, Shima yang tampil dengan single raya berjudul Pulang berharap buah tangan terbarunya itu dapat diterima baik pendengar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat