DJ Lin jejak penyebar berita palsu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyampai radio popular Suria FM, DJ Lin sudah menerima kiriman emel daripada individu dijejakinya dikenali Amir Kdh yang juga ‘admin’ sebuah ‘page’ (kumpulan) dalam Facebook dengan nama Pengeluaran Khas KWSP 2022 yang menyebarkan berita dia meninggal dunia, baru-baru ini.

DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 47, yang menyuarakan tindakan berusaha mencari dan menjejaki individu berkenaan untuk bersemuka sebelum ini, berkata dia dan pembantu peribadinya, Frauzan masih berbincang.

“Hari ini pun, baru mula bekerja selepas kita bercuti hari raya Aidilfitri dan saya kena berbincang lanjut dengan Frauzan dulu. Apatah lagi, emel itu pun dikirimkannya kepada Frauzan.

“InsyaAllah, mungkin dalam sehari dua lagi kita cuba dapatkan maklumat lengkap mengenainya kerana saya pun memang nak berjumpa dengan dia untuk kami bersembang bagi mendapatkan penjelasan sebenar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut DJ Lin, buat masa ini dia perlukan masa lagi untuk meneliti isi kandungan emel yang dihantar oleh individu itu selain permohanan maaf terhadap penyebaran berita palsu dan fitnah ke atas dirinya yang masih hidup.

Terdahulu, pada 29 April lalu, DJ Lin dikejutkan dengan berita palsu mengenai kematiannya yang tersebar di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan walaupun pada hari itu dia masih bekerja di konti radio seperti biasa.

Kesal dengan tindakan disifatkannya biadap, kurang ajar dan tiada etika oleh individu terbabit, DJ Lin memaklumkan dia akan berusaha mencari dan menjejaki pihak berkenaan sebelum berangkat ke Sweden bagi menyertai Persidangan Radio Eropah pada 13 Mei hingga 23 Mei ini.

Menerusi laporan Harian Metro pada 1 Mei lalu, DJ Lin berkata dia yakin tiada orang bertindak tanpa alasan. Jadi, memang dia nak tahu apakah individu berkenaan bertindak atas keputusan sendiri atau ada ‘orang lain’ di belakangnya yang menyuruh berbuat demikian.

“Saya kena tahu apa tujuan sebenar dia kerana sekarang ramai sangat orang buat video untuk dapatkan ‘viral’ dan tarik perhatian netizen. Apapun, perjumpaan itu nanti bukan untuk bergaduh tapi cuba dapatkan penjelasan secara terus depan-depan,” katanya.

DJ Lin yang sudah 23 tahun membina kerjaya dalam penyiaran radio serta mempunyai Ijazah Kewartawanan berkata dia akan menyelesaikan perkara itu secara profesional dan  sebaik mungkin memandangkan ia juga kesalahan pertama individu berkenaan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat