Lukisan dinding Joey tarik perhatian Sultan Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon, Joey Daud bersyukur apabila lukisan dinding hasil sentuhannya di Muar, Johor menarik perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Kata Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, dia kini perlu menyiapkan 15 dinding selepas baginda berkenan dengan idea dan konsep diketengahkan.

“Awalnya, baginda berpesan jangan menjadikan bandaraya ini sebagai bandar lukisan. Tetapi, selepas menghasilkan tiga mural pada beberapa dinding, baginda yang berada di Muar untuk sarapan pagi sukakan konsep lukisan saya.

“Jadi, baginda menambah sebanyak 15 dinding, tahun ini. Sekarang, saya baru menyiapkan tiga lukisan dinding yang semuanya di Muar, jadi tinggal 13 dinding lagi.

“Sebelum dapat projek, ramai pelukis menghantar tender, cuma baginda menyukai idea dan konsep saya, jadi baginda memilih idea ini. Alhamdulillah, ini rezeki saya.

“Saya juga bersyukur dengan pendapatan diterima daripada hasil melukis mural,” katanya kepada BH Online.

Joey ditemui pada majlis pelancaran filem JanGo yang memulakan penggambaran, esok.

Menerusi filem arahan CL Hor itu, Joey dengan Khir Rahman bersama dua pelakon Cina dari Singapura, Zhang Yaodong dan Chris Tong.

JanGo, ringkasan untuk Jangan Goyang ialah produksi usaha sama antara Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd dari Hong Kong.

Ia juga menjadi filem rentas budaya dalam dwibahasa iaitu Melayu dan Cina yang pertama di Malaysia dengan menggabungkan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai pelakon utama.

 

Joey bersama pasukan produksi filem JanGo yang akan memulakan penggambaran, esok.

 

Dalam pada itu, Joey tidak menafikan kesibukan kerja membataskan waktu untuknya meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Bagaimanapun, Joey berkata, sebagai ketua keluarga, dia akan menjalankan tanggungjawabnya sebelum keluar bekerja.

“Sebelum pergi bekerja, tak kira melukis atau penggambaran, saya akan duduk dengan keluarga dahulu. Saya akan beritahu kerja yang akan dilakukan selama beberapa hari. Jadi, saya akan tanya mereka okay atau tidak.

“Tidaklah saya tinggalkan keluarga begitu sahaja. Sebagai ketua rumah, saya perlu melakukan semua ini dengan baik.

“Saya juga bukan jenis main rebut peluang yang datang dan tinggalkan rumah begitu sahaja.

“Saya akan selalu beritahu isteri, saya hanyalah seorang ‘freelance’, tiada kerja tetap. Jadi, selagi orang masih menyukai saya, saya akan buat. Jadi, selalu doakan saya sihat.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang hebat sepertinya,” katanya.

Terdahulu, isteri Joey yang juga pelakon, Watie Elite berkongsi gambar dalam Instagram mengenai kesibukan suaminya hingga terasa seperti zaman bercinta dahulu.

Sama juga dengan persiapan menyambut Syawal, Joey berkata, dia akan menyediakan keperluan isteri dan anak-anaknya.

“Saya banyak habiskan untuk isteri dan anak-anak, kemudiannya baru memikirkan diri sendiri. Bila mereka sudah berpuas hati, baru saya beli untuk saya pula.

“Dahulu, saya tak pernah memikirkan soal diri, tetapi Watie selalu mengatakan saya perlu berbelanja dalam 40 sehingga 50 peratus untuk diri sendiri selepas bekerja teruk. Ia sebagai ganjaran untuk diri,” katanya yang meraikan Syawal di Kuala Lumpur, sebelum pulang ke Masai, Johor berkumpul dengan 11 adik-beradiknya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat