Tangguh atau laksana pemilihan parti 2021 terserah kepada MKT – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Pemilihan parti sama ada dilaksana atau ditangguh tahun ini akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) berkata mengikut perlembangaan parti, pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun selepas tempoh matang kepimpinan parti tamat.

“Mengikut perlembagaan UMNO, penangguhan dibenarkan dibuat dalam tempoh 18 bulan oleh MKT.

“Tempoh matang bagi kepimpinan UMNO sekarang akan tamat pada 30 Jun 2021, namun terserah kepada MKT jika mahu tangguhkan pemilihan,” katanya.

Menurut Bernama Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pharmaniaga Bhd dan Universti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Pemilihan UMNO 2021 sepatutnya diadakan tahun ini, namun terus menjadi tanda tanya apabila terdapat dua pandangan dalam kalangan kepimpinan parti yang mahu ia ditangguhkan dan yang menggesa dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada Februari lepas, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamdi memberi jaminan pemilihan parti itu akan tetap diadakan tahun ini namun beliau tidak menetapkan tarikh pemilihan parti akan berlangsung. -SuaraTV

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...