1,854 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,854 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan Sarawak mencatatkan kes harian baharu tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 20 adalah kes import membabitkan lima warganegara dan15 bukan warganegara, manakala 1,834 lagi kes tempatan.

Katanya, jumlah terbaru itu menjadikan kumulatif kes di negara ini adalah 357,607, dengan 14,805 kes aktif.

“Sebanyak lima kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 1,313 kes.

“Sebanyak 1,47 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 341,489,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 169 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes tertinggi hari ini di Sarawak iaitu 555 kes positif Covid-19 diikuti Selangor sebanyak 403, Pulai Pinang (176) dan Sabah (139),” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat