Jawatan Zahid tak boleh dipertahankan lagi, buat pemilihan parti sekarang, desak KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebaran audio mirip Presiden UMNO dan Presiden PKR membuatkan ahli parti tidak selesa, hal demikian Khairy Jamaluddin abu Bakar mendesak pemilihan UMNO dilakukan sekarang.

Kata Ahli Parlimen Rembau itu UMNO perlu mengadakan pemilihan parti sekarang.

Memetik Astro Awani, penyebaran audio yang didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ahli parti berasa kurang selesa.

“Ramai orang dalam parti tidak selesa dengan perbualan telefon kononnya melibatkan Presiden parti (UMNO) dan Anwar. Saya fikir jawatan Datuk Seri Zahid kini semakin tidak boleh dipertahankan lagi.

“MKT (Majlis Kerja Tertinggi) perlu berjumpa segera dan membenarkan pemilihan parti diadakan segera. Setahu saya, jawatan beliau (Ahmad Zahid) tidak boleh dipertahankan lagi.

“Cara terbaik untuk bergerak ke hadapan adalah dengan mengadakan pemilihan parti. Sekarang!” tegas beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program pelancaran 2021 CHAMPS-NASOM Autism Awareness di sini pada Jumaat.

Nama Ahmad Zahid menjadi tumpuan baru-baru ini selepas rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara beliau dengan Anwar tular di media sosial.

Melalui audio berdurasi 4 minit 17 saat di akaun Facebook Insider Malaysia, turut kedengaran suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menerusi panggilan telefon.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat