Apa Kaitan Tumbuk Sambal Dengan Jet Pejuang? Soal Naijb Kepada Khalid Samad

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas bekas Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkenaan amalan lantikan politik dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu.

Najib mempersoalkan kelayakan yang dimiliki oleh Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng sehingga mereka dilantik jadi menteri kanan, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan semasa kerajaan PH.

Turut dipersoalkan ialah orang yang tidak memiliki sebarang ijazah yang juga dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan juga wakil rakyat kontroversi DAp, yang juga dilantik sebagai peneraju sebuah syarikat milik kerajaan (GLC).

“Ini tipu.

“Habis itu kenapa Mat John (Mohamad Sabu) dilantik Menteri Pertahanan, orang yang difitnah ada ijazah dilantik Timbalan Menteri Sumber Manusia, orang yang sendiri mengaku akauntan gagal dilantik Menteri Kewayangan dan Superman Hew dilantik CEO?

“Apa kelayakan dan kemampuan depa? Apa kaitan kepakaran menumbuk sambal dengan jet pejuang?,” soal Najib.

Terdahulu, Khalid mendakwa bahawa kesemua lantikan yang dibuat dalam kerajaan PH adalah lantikan secara profesional dan berdasarkan kelayakan calon-calon yang dilantik.

“Semua lantikan semasa PH adalah atas faktor profesionalisme dan kemampuan calon-calon yang dipilih.

“Bukan lantikan politik dalam erti kata dilantik atas sebab politik walaupun tiada kelayakan dan kemampuan,” katanya di lama Twitter miliknya hari ini.

Jawapan balas yang dibuat oleh Najib memalui laman Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata menasihatkan Khalid agar duduk diam dirumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berkuatkuasa, kerana ianya lebih baik untuk bekas menteri PH itu berbanding memberikan sebarang hujahan di media sosial.

Perkara ini menurut seorang pengguna Facebbok, Ikram Hamidi, apa sahaja yang diperkatakan oleh Khalid, pasti akan menjadi bahan jenaka kepada semua.

“Baik duduk diam saja la pakcik khalid oi kesian sangat tengok dah tua-tua ni tiap kali post(tulis) benda apa mesti kena bahan. Ikutlah saranan pihak kerajaan sedia ada ni #staysafe ,#stayathome

Di laman Twitter juga, tidak kurang juga yang mengecam dan mengutuk kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah negara itu, sehingga beliau dikatakan sebagai bekas menteri ‘kaki meroyan’. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat