Cegah Penularan Covid-19, Markas ATM Saran Lanjut PKP Hingga Aidilfitri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksana ketika ini disaran agar disambung sehingga berakhirnya sambutan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun saranan itu merupakan undian yang dibuat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Twitter @MarkasATM.

“Balik kampung secara beramai-ramai boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Covid-19.

“Disarankan agar PKP disambung sehingga berakhirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Sekiranya tidak..usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan menjadi sia-sia. Wabak ini akan terus merebak,” demikian ciapan di laman sosial berkenaan.

Turut disertakan butang untuk dipilih sama ada orang ramai bersetuju atau tidak dengan saranan tersebut.

Cadangan itu baru sahaja dimuat naik di laman sosial beberapa minit yang lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat