Jennifer Zeng Dakwa China Kebumi Mayat Mangsa Covid-19 Secara Rahsia

- Advertisement -

Di saat seluruh dunia sibuk bergelut merawat pesakit yang disahkan positif Covid-19 berikutan angka yang meningkat setiap hari, namun kerajaan China mendakwa mereka berjaya mengawal penularan virus tersebut dan tidak lagi merekodkan sebarang kes baru Covid-19.

Malah negara itu juga sudah menghentikan perintah lockdown dan membolehkan penduduknya menjalani kehidupan normal sehingga ada pula yang teruja untuk kembali bercuti ke luar negara.

Namun, seorang Youtuber dikenali sebagai Jennifer Zeng menerusi laman Twitternya mendedahkan sebenarnya masih wujud lagi kes virus pandemik di negara tersebut tetapi ia dirahsiakan.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan beberapa orang lengkap memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE), sambil mengusung mayat yang dibungkus didakwa merupakan pesakit Covid-19.

Lebih mencurigakan dan menimbulkan persoalan ramai, ia dilakukan pada lewat malam.

Menurut Jennifer, kes berkenaan berlaku di Wuhan dan dirahsiakan atas sebab politik, tidak mahu didedahkan kepada umum kerana ingin kekalkan “zero cases” di China.

Video viral tersebut kini sudah mencapai lebih 23,000 retweet dan lebih 700,000 yang melihat video tersebut.

Video pendedahan ini ternyata mengejut netizen malah ada yang meluahkan rasa marah atas tindakan negara itu yang memberikan maklumat palsu kepada World Health Organization (WHO).

Namun sejauh mana kebenaran di sebalik pendedahan ini tidaklah diketahui.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat