Rakyat tak sanggup tunggu hingga Mac 2022 untuk dapat vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi negara perlu dipercepatkan lagi sebab ramai rakyat Malaysia tak sanggup tunggu sehingga Mac 2022 untuk negara mencapai vaksinasi,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, setelah program vaksinasi negara bermula tiga minggu dahulu, sebanyak 139,720 orang telah diberi dos pertama vaksin – atau 0.43 peratus daripada penduduk Malaysia.

“Kadar pemberian vaksin pada ketika ini adalah 16,353 suntikan sehari.

“Ini adalah jauh di bawah sasaran kerajaan sebanyak 150,000 suntikan sehari,” katanya.

Selain itu Najib berkata, kerajaan boleh pertimbangkan jika proses memberi vaksin melalui cara drive-thru seperti dibuat di Amerika Syarikat dan Indonesia adalah sesuai bagi negara kita.

“Sebagai perbandingan, 596,000 orang di Singapura (10.5 peratus penduduk) telah diberi vaksin manakala 4,256,457 orang di Indonesia telah diberi vaksin dengan kadar 223,756 suntikan sehari.

“Setakat ini, 28 peratus penduduk negara Amerika Syarikat dan 35.2 peratus penduduk United Kingdom telah diberi dos pertama.

“Jika Malaysia mampu mencapai sasaran 150,000 suntikan sehari pun, negara hanya akan mencapai 27.3 juta atau 80 peratus penduduk Malaysia diberi vaksin pada bulan Mac tahun depan untuk mencapai imuniti kelompok. (150k X 365 hari = 54.7 juta dos bahagi dua = 27.3 juta penduduk)

“Itupun sebelum mengambil kira pekerja asing yang juga perlu diberi vaksin,” ujar beliau.
Kata Najib, u-turn dibuat kerajaan Perikatan Nasional (PN) semalam untuk melibatkan klinik dan hospital swasta untuk membantu dalam proses vaksinasi adalah langkah yang tepat.

Namun ujar beliau, ini belum cukup sebab kerajaan masih tidak ingin memberi kelulusan kepada pihak swasta untuk mencari dan membeli vaksin melalui saluran mereka.

“Saya tetap percaya bahawa bekalan vaksin dunia akan melebihi permintaan tidak lama lagi atas beberapa faktor yang saya sudah hurai beberapa kali sebelum ini.

“Sebab itu, pihak swasta perlu dibenarkan untuk mencari dan membeli bekalan vaksin sendiri seperti di beberapa negara lain termasuk Indonesia.

“Kerajaan tak rugi apa-apa pun selagi vaksin yang dicari pihak swasta diluluskan kerajaan dan WHO. (Takkan kita nak ragu dengan pihak hospital dan klinik swasta sebab mereka dah lama memberi suntikan vaksin-vaksin lain kepada bayi-bayi?)

“Kerajaan beli bekalan vaksin sendiri seperti dibuat selama ini manakala pihak swasta juga cuba membeli bekalan sendiri.

“Jika pihak swasta tak berjaya membeli bekalan vaksin yang diluluskan, kerajaan tak rugi apa-apa.

“Jika mereka berjaya maka proses vaksinasi negara mampu dipercepatkan dan beban ke atas pusat vaksinasi kerajaan dapat dikurangkan,” kata Najib. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat