Zahid Sambut Baik Usaha PUNB Bantu Individu Diberhentikan Kerja

- Advertisement -

CYBERJAYA: Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik usaha Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dengan menawarkan skim pembiayaan baharu berjumlah RM50,000 bagi membantu individu yang diberhentikan kerja memulakan perniagaan.

Menerusi catatan Facebooknya, Zahid berkata usaha ini wajar disokong oleh semua pihak.

“Usaha ini wajar disokong oleh semua memandangkan begitu ramai rakyat terkesan akibat pandemik Covid-19 harus. Semoga agensi lain turut mencari kaedah bersesuaian bagi membantu rakyat.

“Perkara ini juga pernah saya cadangkan sebelum ini supaya kerajaan memberi geran bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19,” katanya.

Beliau juga menasihatkan individu yang menerima bantuan ini kelak memanfaatkan peliang yang diberikan ini dengan sebaiknya.

“Manfaatkan peluang yang diberi dan buktikan mereka mampu berjaya dalam bidang perniagaan.

“Dalam situasi Covid-19, perniagaan berasaskan makanan, pertanian dan hasil laut mendapat permintaan yang baik. Mungkin itu antara yang bagus untuk diusahakan,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi PUNB, Tan Sri Noh omar berkata pada 2 March berkata, PUNB akan memperkenalkan skim pembiayaan baharu untuk individu diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 yang berhasrat memulakan perniagaa.

Skim dengan peruntukan RM50,000 akan membantu mereka yang terjejas untuk memulakan pernigaan akan dilancarkan dalam masa terdekat dan perincian akan diumukan kemudian.

Katanya lagi, skim tersebut berbeza daripada Bumiputera Relief Financing (BRF) sebelum ini yang menumpukan pembiayaan kepada syarikat yang terjejas akibat pandemik Covid-19. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat