Persenda Presiden PAS, Exco Pemuda UMNO dituntut mohon maaf secara terbuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin berang dengan Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamarudin yang didakwa menjadi ‘batu api’.

Beliau mendesak permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan lantang Shahrul Nasrun yang dikatakan memburukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ya, saya terkilan dan marah. Dalam bulan Rejab yang penuh dengan barokah ni kut.
“Pagi petang, siang malam, setiap hari, kita bincang dan usahakan untuk perkasakan Perpaduan Ummah.

“Tiba-tiba ada Exco Pemuda UMNO Malaysia jadi batu api. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” tegas beliau.

Terdahulu, dalam hantaran Facebook, Shahrul Nasrun mencatat “Tuan Guru Haji Hadi Awang merupakan Duta Khas bertaraf Menteri tapi tak dijemput untuk bersama dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke Arab Saudi”.

“Setahu saya negara Arab Saudi adalah negara Timur Tengah belum lagi menjadi negara Timur Tepi”.

Susulan kenyataan pedas itu Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) mendesak permohonan maaf secara terbuka daripada Shahrul Nasrun.

“Kita minta permohonan maaf secara terbuka.

“Saya telah sampaikan perkara ni terus kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketuanya, Shahril Hamdan.

“Kalau tak jalan juga, saya akan datang ke pejabat Pejabat Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) di PWTC,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat