Firdaus Wong Rayu Peguam Tuntut Keadilan Remaja Dicabul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan pihaknya menerima aduan remaja bawah umur dicabul datuk namun, selepas setahun laporan polis dibuat masih tiada sebarang tindakan.

“Satu lagi kes diterima apabila seorang
budak bawah umur dicabul datuk dan laporan polis telah dibuat tetapi tiada tindakan sehingga ke hari ini setelah hampir setahun.

“Unit undang-undang kami dah overload sangat. Mana-mana peguam sivil dan syariah yang sanggup untuk pro-bono (akan ada bayaran tetapi tidak selumayan di luar),” catat pendakwah bebas itu di Instagramnya.

Beliau merayu mana-mana peguam menghubungi Sayap Wanita MRM di WhatsApp 010-3735596.

“Bersama kami di MRM untuk membantu mangsa mendapatkan keadilan.

“Mereka datang kepada dengan harapan maka kami berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengecewakan mereka,” ujarnya.

Kredit Foto: Facebook

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat