Ismail Sabri doakan Muhyiddin cepat sihat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan kesembuhan selepas memaklumkan dijangkiti Covid-19.

Dalam ciap ulang di Twitternya, Ismail Sabri berharap Muhyiddin dan keluarga dilindungi Allah.

“Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi YB Tan Sri sekeluarga,” ucap Perdana Menteri.

Terdahulu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memaklumkan beliau telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Bagaimanapun kata Muhyiddin beliau hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat