UTM, UMPSA terima Naib Canselor yang baharu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Naib Canselor baharu bagi
menerajui Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

KPT dalam kenyataannya berkata, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, 49, telah dilantik sebagai Naib Canselor UTM bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Januari 2025.

Prof. Dr. Yatimah Alias, 55, pula turut dilantik sebagai Naib Canselor UMPSA bagi tempoh yang sama berkuat kuasa 13 Januari 2025.

“Dr. Mohd Shafry merupakan pakar dalam bidang Sains Komputer (Pemprosesan Imej) dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Spatial Modelling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2008.

“Berpengalaman luas dalam tadbir urus universiti dan telah memegang pelbagai jawatan pentadbiran.

“Antaranya, sebagai Timbalan Dekan (Kokurikulum dan Pembelajaran Servis) Sekolah Pengajian Prasiswazah UTM (2015); Pengerusi Sekolah Pengajian PraSiswazah UTM (2019); Pengerusi Institute for Life Ready Graduates (iLeaGue) UTM (2020).

“Selain itu, Felo Penyelidik di Media and Game Innovation of Excellence (MaGICX), Institute of Human-Centred Engineering (iHuMeN) UTM sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM pada 2023,”kata kenyataan itu pada Rabu.

“Manakala, Dr. Yatimah pula merupakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya (UM) sejak 2022.

“Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kimia dari University of East Anglia, Australia pada 1999 dan merupakan pakar dalam bidang Electrochemistry dan Ionic Liquids.

“Pelantikannya sebagai Naib Canselor UMPSA adalah berdasarkan kepada reputasi akademik yang diiktiraf serta pengalaman luas yang dimiliki dalam pengurusan pentadbiran di UM.

“Pernah dilantik sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Kokurikulum UM (2014); Pengarah Pusat Perancangan Strategik Akademik UM (2018); dan Presiden Malaysian Ionic Liquids Research Society (MILRS) dari 2017 hingga 2022,”katanya lagi.

“Kementerian yakin pelantikan mereka ini akan memperkasakan pembangunan akademik dan penyelidikan berteraskan teknologi terkini serta melahirkan graduan berminda global yang bersifat tersedia industri, berdaya saing, kreatif dan inovatif serta mempunyai jati diri yang tinggi.

“Kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua mantan Naib Canselor UTM dan UMPSA iaitu Datuk Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Dato’ Prof. Ts. Dr. Yusserrie Zainuddin atas jasa dan bakti sepanjang menerajui UTM dan UMPSA sebelum ini,”tambahnya.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat