Selesai konflik Laut China Selatan secara aman, Anwar beritahu China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Konflik pertikaian Laut China Selatan yang membabitkan Malaysia dan China wajar diselesaikan secara aman menerusi saluran diplomasi dan jalur perundangan antarabangsa, tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi dari China yang diketuai Jeneral Liu Zhenli, Ketua Turus, Jabatan Turus Bersama Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China di Perdana Putra petang semalam.

“Terkait Laut China Selatan, saya tegaskan bahawa sebarang isu mahupun pertikaian yang berbangkit harus diselesaikan secara aman menerusi saluran diplomasi dan jalur perundangan antarabangsa,” kata Anwar.

Menurut beliau lagi, selain membicarakan mengenai hubungan utuh Malaysia-China selama lebih lima dekad, kami turut menyentuh isu dan kerjasama strategik terkait kepentingan kedua-dua negara sahabat.

“Ini termasuk kerjasama dalam bidang pertahanan yang terbina atas premis persefahaman dan kepercayaan. Malaysia dan China sedia untuk meneroka usaha memperhebat kerjasama ini.

“Kami turut bicarakan mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, yang buat julung kalinya bakal menganjurkan persidangan ASEAN+GCC+China,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat