Selepas isu masjid TMM2026 dihujani dakwaan ciplak dalam penghasilan grafik maskot

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belum selesai dengan kontroversi pengabaian imej masjid dalam video promo Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026), kini orang ramai menimbulkan persoalan baharu sama ada reka bentuk maskot rasmi diciplak dari pereka grafik Taiwan.

Dakwaan tersebut timbul selepas beberapa individu di media sosial membuat perbandingan antara maskot TMM 2026 dan maskot pelancongan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei, Melbourne, Australia (Taiwan in Melbourne) yang telah dicipta lebih awal oleh pereka Taiwan berkenaan.


Walau bagaimanapun terdapat pereka grafik mempertahankan persamaan ini kerana reka bentuk maskot Malaysia memenuhi elemen atau ciri-ciri Beruang Matahari. Maskot dua ekor Beruang Matahari Malaya bernama Wira dan Manja bertujuan menyerlahkan keunikan fauna tempatan dan mempromosikan kempen pelancongan Malaysia

Secara pemerhatian kasar, kedua-dua maskot menggunakan pendekatan gaya kartun yang comel, dengan mata besar, ekspresi ceria, dan postur mesra. Reka bentuk ini biasa digunakan untuk menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak.

Maskot Taiwan berinspirasikan ‘Formosan Black Bear’mempunyai badan berwarna hitam dengan tanda berbentuk “V” putih di dada.

Manakala Maskot Malaysia, Wira dan Manja, berdasarkan Beruang Matahari Malaya yang secara semula jadi memiliki tanda kuning atau oren berbentuk setengah bulan pada dada mereka.

Oleh kerana kedua-dua spesis yang menjadi inspirasi mempunya ciri-ciri hampir sama maka sukar untuk menyatakan ia merupakan satu penciplakan atau pengispirasian atau kebetulan.

“Gaya kartun dan elemen reka bentuk yang digunakan dalam kedua-dua maskot adalah trend global dalam industri pelancongan. Ini menjadikan persamaan antara kedua-dua maskot lebih kepada kebetulan daripada peniruan,” ujar seorang pereka grafik yang mahu kekal ketanpanamaan.

Bagaimanapun tidak mustahil bahawa maskot Taiwan, yang telah lama digunakan sebagai simbol pelancongan negara itu, mungkin menjadi rujukan tidak langsung dalam industri kreatif.

Bagi seorang lagi pereka grafik menganggap rekaan tersebut terlalu hampir untuk mengatakan kebetulan tetapi tidak boleh didakwa ciplak kerana ia grafik yang dihasilkan mewakili maskot yang dipilih oleh Malaysia.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat