Tiada unsur penderaan fizikal pada badan Zayn Rayyan – KP Selangor

- Advertisement -

PETALING JAYA – Tiada unsur penderaan yang ditemui pada badan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditinggalkan di anak sungai berdekatan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat sebelum ini mendapati kecederaan yang dialami Zayn Rayyan bukan luka akibat penderaan.

Beliau berkata, ada pihak bertanyakan soal sama ada mangsa ini menjadi mangsa penderaan atau sebaliknya.

“Hasil bedah siasat sebelum ini mendapati tiada sebarang kecederaan yang menunjukkan mangsa ini didera.

“Saya melihat keluarga ini menjaga anak mereka dengan baik dan saya pasti sesiapa sahaja yang mengalami perkara sebegini akan sedih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Damansara Damai di sini pada Jumaat.

Katanya, orang ramai diminta agar tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

“Ambil kira perasaan keluarga, dan perkara paling utama adalah hentikanlah salahkan keluarga dalam perkara ini.

“Apa pun biar polis jalankan siasatan, saya beri jaminan polis akan lakukan yang terbaik sehingga suspek terlibat akan segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Pada Rabu, mangsa berumur enam tahun itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mangsa, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di tengah hari Selasa lalu sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya pada malam Rabu. – Sinar

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat