JDT, Terengganu FC terikat 1-1 separuh masa pertama final Piala Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Skuad Harimau Selatan hanya memerlukan enam minit untuk berada di hadapan apabila Bergson Da Silva menyempurnakan sepakan penalti selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Fernando Forestieri.

Kelebihan itu bagaimanapun dipadam penyerang import TFC, Ivan Mamut juga menerusi sepakan penalti pada minit ke-21 apabila dia dijatuhkan kapten JDT, Jordi Amat.

JDT yang dilihat lebih mengasak kubu TFC berjaya melakukan beberapa percubaan ke arah gawang yang dikawal penjaga gol, Suhaimi Husin, namun gagal membuahkan hasil.

Tidak dapat dinafikan pergerakan kedua-dua pasukan dilihat terganggu dengan keadaan padang yang rosak terutama di bahagian tengah. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat