Polis cari saksi orang awam kesan suspek bunuh Zayn Rayyan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis masih mencari saksi orang awam yang boleh memberikan keterangan berhubung kes kematian kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Polis juga turun semula ke lokasi penemuan mayat kanak-kanak malang itu untuk mencari bahan bukti yang dapat membantu siasatan kes tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid ketika ditemui di lokasi kejadian, pada Jumaat.

“Kita (Polis) sentiasa akan menjalankan siasatan di kawasan ini untuk mendapatkan lagi maklumat berkaitan dengan kes dan untuk membantu mengesan suspek yang terlibat.

“Kita juga akan mencari dan mengesahkan sebarang bukti bagi membantu siasatan.

“Semuanya masih dalam siasatan saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi,” lapor Astro Awani.

Mohd Fakhrudin berkata, pihaknya juga sedang mengesan saksi dan orang awam untuk membantu siasatan.

“Kita memang perlukan maklumat daripada masyarakat untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat