Lokasi penemuan Zayn Rayyan ditutup untuk orang awam – Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lokasi penemuan jasad kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin kelmarin di sekitar anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, ditutup kepada orang awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Hamid berkata, tindakan itu bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan lebih terperinci.

Kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa, lapor Kosmo!

Kata Hussein, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat