Ini pembunuhan kejam, semoga siasatan polis dipermudahkan – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berharap agar siasatan polis merungkai pembunuhan kejam kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dipermudahkan oleh Allah.

Beliau menzahirkan rasa dukacita atas nasib malang menimpa anak syurga berkenaan.

“Saya amat berdukacita menerima berita duka tentang seorang kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu.

“Dalam kenyataan rasmi polis, mereka mengesahkan Allahyarham telah mati dibunuh.

“Saya berharap agar siasatan pihak polis dipermudahkan. Ini adalah pembunuhan kejam yang menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-fatihah,” ucap Ahli Parlimen Bera itu.

Polis akan merakam semula keterangan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, selepas bedah siasat hari ini menunjukkan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu mati akibat dibunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat