Orang ramai hadir meriahkan Program Setahun Kerajaan Madani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memudahcara urusan kerajaan dan rakyat, Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula hari ini hingga 10 Disember 2023.

Dengan menghimpunkan lebih 100 perkhidmatan, sejumlah 36 reruai kaunter perkhidmatan disediakan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan sebanyak 102 perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

Sekreteriat program dalam satu kenyataan hari ini berkata, aktiviti pentas yang menarik turut disediakan antaranya sembang santai, pementasan kebudayaan, tayangan filem dan sebagainya.

“Segmen pameran turut membawakan kapsul MADANI yang memaparkan maklumat berkaitan dasar-dasar utama Kerajaan MADANI yang merangkumi pelbagai kementerian dan agensi.

“Pengunjung juga berpeluang untuk melihat inisiatif dan projek bawah pemantauan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) serta status dan pencapaian setiap projek STAR,” katanya.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus dan pembayaran hanya boleh dilaksanakan di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi PDRM.

“Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kaunter tawaran kemasukan secara terus ke Universiti Awam/ Politeknik dan Kolej Komuniti, kaunter pendaftaran dan semakan status bantuan e-Kasih, perkhidmatan Skim Perubatan MADANI.

“Juga terdapat konsultasi dan permohonan pembiayaan serta latihan usahawan, Jom Exchange Al-Quran, kaunter perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kaunter jualan dan pendaftaran perumahan PR1MA, kaunter Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), penukaran topi keledar (helmet) percuma.

Majlis perasmian penutupan bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Disember 2023 dan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat