Keputusan BERSATU Ambil Kira Pendirian PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkaitan penubuhan kerajaan Perak yang baharu mengambil kira ketetapan bersama parti dalam Perikatan Nasional (PN), terutama PAS.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu sebulat suara bersetuju untuk memperkukuh kerjasama di antara BERSATU dan PAS.

Katanya, usaha itu bagi mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

“Dalam mesyuarat itu, MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap usul keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap Menteri Besar Perak yang diusulkan UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hamzah berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut membincangkan hala tuju dan pendirian BERSATU berhubung perkembangan politik semasa.

UMNO malam ini memutuskan untuk mempertahan kerajaan Perak sebelum ini yang diterajui UMNO, PAS dan BERSATU.

Sementara PAS masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian terbaru mereka berkenaan pembentukan kerajaan Perak – Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat