Premis ‘Dikunjungi’ Babi Disertu, Sanitasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya mengesahkan premis perniagaan itu dimasuki seekor babi hutan sesat, semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, haiwan berkenaan yang dipercayai tersesat dari kawasan hutan berhampiran memasuki parkir dan sebuah kedai di tingkat bawah premis berkenaan.

Pihak pengurusan pusat beli-belah Alamanda dalam kenyataan hari ini berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya dipanggil untuk bantuan.

“Sebelum pasukan bomba tiba, kedai yang dimasuki babi hutan dikosongkan dan diletakkan penghadang untuk mengawal keadaan.

“Bomba berjaya mengeluarkan babi hutan itu dan kes diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, kedai berkenaan ditutup sementara untuk proses pembersihan dan sertu berlandaskan hukum syarak yang dikelolakan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Ini termasuk pelupusan sebarang pakaian atau produk yang tercemar. Pada masa sama, ruang legar dan kawasan lain yang dikenalpasti dicerobohi babi hutan turut dibersihkan serta disanitasi,” katanya.

Katanya, memandangkan kejadian itu berjaya dikawal serta-merta, Alamanda akan terus dibuka dan beroperasi seperti biasa.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan, pengunjung pusat beli-belah itu gempar apabila seekor babi hutan menceroboh masuk premis berkenaan.

Video haiwan liar itu yang berada di dalam kedai menjual peralatan sukan sempat dirakam pengunjung yang berada di pusat beli-belah itu sebelum tular di media sosial – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat