Bekalan air Lembah Klang Pulih, Semua Loji Rawatan Kembali Beroperasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Sungai Selangor 1, 2 dan 3 telah mula beroperasi semula selepas dihenti tugas seketika akibat pencemaran air sejak malam semalam.

Air Selangor memaklumkan LRA Rantau Panjang mula beroperasi sejak jam 3.30 pagi manakala LRA Sungai Selangor pula pada jam 5 pagi tadi.

“Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi.

“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami.”

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari turut mengumumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya.

Sebelum ini, Air Selangor umum bekalan air di 1,274 kawasan terjejas selepas pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor.

Gangguan tersebut membabitkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat

LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam semalam manakala LRA Sungai Selangor pada jam 1 pagi tadi.

Pada 19 Oktober lalu, LRA yang sama turut dihenti tugas selepas pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor sekaligus menjejaskan 1.1 juta akaun pengguna.

Penduduk di Selangor telah mengalami sekurang-kurangnya 13 gangguan bekalan air tahun ini, dengan empat pada bulan Oktober sahaja – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat