Bersatu Timbang Pecat Adun, Didakwa Sokong Usul UMNO Perak – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan memecat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang didakwa menyokong usul percaya yang dikemukakan UMNO Perak minggu lalu.

Biro Politik Bersatu pada Jumaat lalu membincangkan kedudukan Adun itu ekoran perkembangan di DUN Perak.

“Kami mengenal pasti Hasnul sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong MB (Menteri Besar) semasa usul percaya.

“Beberapa pihak dalam parti berpendapat beliau wajar dipecat kerana sudah beralih sokongan,” kata jurucakap Bersatu, dipetik dari laporan Malaysia Insight.

Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, turut mengesahkan beliau baru mengetahui perkembangan terbaru itu dan sedang menanti keputusan Bersatu selepas didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Saya pun baru dapat berita (mengenai pendirian Bersatu). Tak apalah, tunggu keputusan Bersatu. Saya pun tak nak komen,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

Untuk rekod, Hasnul merupakan bekas Ketua Pemuda Amanah Perak, sekutu Bersatu semasa Ahmad Faizal menjadi Menteri Besar di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau mengumumkan keluar parti Amanah selepas kerajaan PH Perak pimpinan Ahmad Faizal tumbang pada Mac tahun ini dan menjadi Adun bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN) sebelum menyertai Bersatu secara rasmi pada Jun lalu.

Jumaat lalu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu tewas dalam pengundian usul undi percaya apabila hanya mendapat sokongan 10 Adun, manakala 48 Adun lagi menolaknya dan satu undi rosak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat