Sultan Perak Panggil ADUN Bersatu dan PAS Menghadap

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sudah menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas untuk menghadap bagi membuktikan calon menteri besar UMNO, Datuk Saarani Mohammad, mendapat sokongan majoriti di DUN.

Anggota Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata sebentar tadi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah mengadap Sultan Nazrin Shah untuk menyerahkan nama calon menteri besar.

“Tuanku menerima maklumat dan status terkini yang dipersembahkan dan baginda perlu diyakinkan bahawa perkara yang disembahkan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu.

“Oleh kerana itu selanjutnya tuanku menitahkan Adun Bersatu dan Pas untuk datang mengadap pada bila-bila masa hari ini,” katanya kepada media di Istana Kinta, Ipoh pagi ini.

Menurut Mohd Annuar lagi istiadat angkat sumpah jawatan menteri besar akan hanya dilaksanakan setelah Sultan Nazrin yakin UMNO memiliki majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Justeru katanya pihak istana sedang menunggu wakil Bersatu dan Pas untuk menghadap Sultan Nazrin.

Ditanya sama ada wakil Pakatan Harapan (PH) juga akan mengadap, Mohd Annuar berkata, hal itu tidak dapat diulas buat masa ini.

“Saya tak boleh nak cakap… Setakat ini pihak istana memaklumkan ADUN Bersatu dan Pas sudah dititahkan menghadap Sultan Nazrin untuk baginda mendengar apa pendirrian mereka dalam soal penubuhan kerajaan Perak,” katanya.

Isu pelantikan menteri besar menjadi perhatian ramai selepas ADUN UMNO membawa usul percaya kepada ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar pada 4 Dis lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat