DAP Sedia Bekerjasama Dengan UMNO – Nga Kor Ming

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti DAP sebentar tadi telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil.

Menurut kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama mengambil kira situasi di Perak di mana tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang stabil berikutan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 04 Disember 2020.

“DAP adalah parti yang berjiwa besar yang sanggup meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda keutamaan,

“Momokan DAP adalah “anti Melayu atau anti Islam” selama ini adalah tidak benar sama sekali,” jelas beliau sebentar tadi.

Tegas DAP lagi, kerjasama ini adalah berpaksikan kepada prinsip utama membentuk sebuah kerajaan berbilang yang bersih., berintegriti, dan berpandukan prinsip “good governance”.

Katanya lagi, satu perjanjian bertulis perlu dimeterai sekiranya cadangan kerjasama ini mencapai kata sepakat.

Dalam pada itu, ujar beliau lagi muafakat Pakatan Harapan (PH) akan terus disanjung, agenda reformasi tetap didokong.

“DAP tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah atau penyelewengan dalam soal integriti pentadbiran.

“Parti DAP tidak akan menyertai kerajaan negeri yang baharu tanpa rakan-rakan komponen PH iaitu Amanah dan Keadilan”, tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat