“Keluarga Malaysia, Kalian Semua Amat Dekat Di Hati Saya” – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan oleh kerajaan lebih terarah kepada bukan sahaja menjaga diri sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain.

Menurut beliau, Keluarga Malaysia bukan lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi bekerja sebagai satu keluarga.

“Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi.

“Saya ingin tekankan konsep menyayangi antara satu sama lain. Bukan sahaja menjaga diri kita sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain,” katanya dalam catatan di Facebook, semalam.

Ujar Perdana Menteri, konsep inilah yang diterapkan dalam kerajaan.

“Terima kasih semua ahli Keluarga Malaysia. Kalian semua amat dekat di hati saya,” ucap beliau.

Ismail Sabri berkata, bulan Keluarga Kebangsaan akan dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia (BKM) mulai tahun ini.

Beliau berkata sambutan itu yang diraikan pada bulan November, akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat